Assalammualaikum...
kita selalu mempersoalkan kesusahan kita... tetapi... pernahkah kita memikirkan kesusahan orang lain... mungkin kita perlu melihatnya didepan mata kasar baru boleh sedar... baru-baru ini, Arfa pergi Sekolah Kebangsaan Tampulan Telipok Kota Kinabalu... bila sebut pasal pemandangan dari sekolah ni.. memang tip top lah... sangat cantik.. dari sekolah ni pun boleh nampak Universiti Malaysia Sabah... hebatkan... sekolah ni boleh dikatakan ok la.. sebab tidak wujud masalah bekalan elektrik.. tengok dari tiang-tiang elektirk kat sekitar kawasan sekolah pun boleh tau... dah lama dah elektrik kat situ dah ada...hermmm... tp sangat sedih bila terlihat satu kelas di sekolah ni... kelas tahun 5.. tidak berdinding... cuba bayangkan kalau hujan... apa agaknya nasib pelajar-pelajar ni kan... cuba tengok kat gambar bawah ni... kat tepi gambar tu ada batu-bata kan.. mesti cikgu-cikgu diorg tengah usaha untuk buat kelas ni... mungkin tak cukup modal lagi... nak beli simen, pasir... banyak modal ni...
kelas tahun 5
Sebenarnya kiteorang dari kos Ekonomi Sumber Manusia ada buat satu projek 'Projek 1 Sen dan 5 Sen'... projek ni pun telah berjalan untuk Fasa 1 semester lepas bergabung dengan kos Ekonomi Kewangan... sekarang, untuk sambung ke Fasa 2.. kami perlu mencari satu sekolah yang benar-benar memerlukan bantuan agar mereka dapat merasai sedikit nikmat belajar seperti pelajar-pelajar yang sebaya dengan mereka.. kemudian, salah seorang dari kelas kami dapat idea untuk tinjau sekolah ni.. sebab ada kat internet pasal sekolah ni... jadi, dua kereta la jugak kami pergi.. memang tak sangka... perjalanan yang penuh dengan kerisauan.. ketakutan... kenapa ek??? untuk sampai sekolah ni je... kena lalu jalan berbatu.. memang mencabar... dah la naik kereta biasa-biasa je... klu demax tu tak pe la juga...
Korang pernah rasa tak pengalaman macam ni... masa Arfa pergi sekolah ni...terus je terfikir... bersyukurnya sekolah dulu tak macam ni... senang cerita.. kalau arfa tak pergi Sabah... tentu Arfa tak tau pun ada lagi kehidupan yang macam ni... ada la kawan Arfa cakap... kita tengok diorang susah... kita sedih.. kesian... tapi sebenarnya bagi diorang.. inilah kehidupan mereka...
renungan bersama:-
'setiap manusia ada kehidupan masing-masing... ambil ikhtibar dari apa yang kita lihat agar perjalanan kita diberkati.. insyaALLAH..'
No comments:
Post a Comment