Perniagaan jahitan sekarang bukan untuk wanita sahaja. Sekarang ramai dah lelaki yang join dalam bidang ini. Lagi-lagi nak raya ni kan, lagi la berebut semua orang nak buat baju raya.
Idea mulakan perniagaan menjahit:-
- Beli mesin jahit lurus - Kalau tak ada modal nak beli secepuk boleh buat ansuran walaupun harga mahal sikit. Lepas tu untuk jahit tepi tu, boleh pergi ke kedai jahitan dan alteration minta jahitkan tepi kain tu. Kira bayar upah jahit tepi sahaja.
- Beli mesin jahit tepi - kalau korang dah ada modal sikit lepas run business kecil-kecil tu, boleh la beli mesin jahit tepi. Tak ada modal pon tak apa, boleh ansuran kan. Yang penting konsisten bayar. Layan korang punya supplier mesin tu elok-elok, mesti mereka pon akan tolong korang. Biasa yang jual mesin jahit ni, diorang akan jual barang-barang klengkapan jahitan yang lain. Jadi kalau korang dah suka pergi tempat diorang memang akan continue je la sampai bila-bila dengan diorang.
- Buat bisnes kecil-kecilan dirumah dahulu - dari sini lepas business dah ok, dah ramai customer, dah ada pembantu semua, dah mampu nak buka kedai, hah baru la boleh plan nak buka kedai. Kedai biasa la kita akan ambil kira macam-macam. Biasanya, deposit kedai selalunya 2+1, Deposit utiliti, Sewa bulanan, Utiliti bulanan, Upah pekerja, Lesen Tempatan dan lain-lain lagi.
- Buat banner "Khidmat Jahitan dan Pengubahsuaian". Letak nombor telefon, email dan lain-lain yang bekaitan. Pasang dekat pagar rumah ke, bumbung rumah ke. Jadi orang lalu lalang mesti nampak. Boleh jadi prospek tu.
- Buat Facebook page, Instagram, Website dan lain-lain yang boleh kita war-warkan business kita. Mula-mula memang orang tak tahu, tapi masa depan kita tak tahu kan.
Hah ni lah langkah mudah nak start business jahitan.
Satu lagi yang penting, korang kena tahu juga pasal fesyen yang tengah trend sekarang. Jadi korang boleh la suggest pada customer. Kalau ada masa boleh la ambil kursus-kursus jahitan yang lain-lain. So boleh la added value kita tentang dunia jahitan.
So, saya doakan semua dipermudahkan urusan dan berjaya dalam business jahitan. Korang boleh la ambil manfaat ya daripada info ini. Kalau ada terkurang terlebih saya minta maaf.
Sekian, Wassalam.
No comments:
Post a Comment